JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menggerakkan pelbagai langkah kecemasan bagi menstabilkan bekalan air di beberapa kawasan berikutan cuaca kering berpanjangan yang menjejaskan paras sungai dan empangan utama negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ini termasuk operasi pembenihan awan yang akan dilaksanakan pada 11, 12 dan 15 Februari ini di Empangan Machap, Layang dan Ulu Sungai Sedili Kecil...





