Bersaing dalam sesi pagi Siri Renang Singapura pada 8 Februari, perenang kebangsaan Gan Ching Hwee muncul terpantas dalam saringan acara 400 meter (m) medley individu wanita dengan catatan masa 4 minit 57.69 saat.
Walaupun masa tersebut masih jauh daripada rekod peribadinya 4 minit 53.22 saat, jurulatihnya Eugene Chia melihat kekuatan serta kecekapan teknik renangan Gan, lalu mencabarnya untuk memecahkan rekod...





