JOHANNESBURG: Penganjur flotila bantuan yang menuju ke Jaluran Gaza mengumumkan rancangan untuk melancarkan misi baru yang jauh lebih besar pada Mac ini, selepas cubaan mereka pada 2025, dihalang Israel di perairan antarabangsa.
Inisiatif yang dinamakan Global Sumud Flotilla itu menyasarkan untuk menghantar lebih 100 bot, melibatkan hingga 1,000 aktivis dari seluruh dunia, termasuk doktor, jururawat, karyawan kesihatan, penyiasat jenayah perang...





