Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pengerang, Kota Tinggi, sejak 1 Februari ditangguhkan sementara susulan penemuan satu mayat di perairan Singapura pada 4 Februari.
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam, berkata penangguhan operasi dibuat bagi memberi ruang kepada proses pengecaman identiti mayat yang ditemui, selain menunggu pengesahan rasmi sama...





