Jet pejuang F-16C dan helikopter penyerang AH-64D Apache daripada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bakal memukau hadirin dengan enam aksi jarak dekat yang menakjubkan di Pertunjukan Udara Singapura 2026.
Ini adalah jumlah aksi bersepadu terbesar yang pernah dipersembahkan oleh kedua-dua jenis pesawat itu dalam acara dwitahunan ini, yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 8 Februari di Pusat Pameran Changi.





