Dunia hiburan di Malaysia baru-baru ini kembali hangat apabila dua nama yang tidak asing lagi, Puteri Balqis, atau lebih mesra disapa Aqish, 18 tahun; dan Mia Sara Nasuha, 20 tahun, terperangkap dalam kemelut peribadi di media sosial.
Sebagai bekas pelakon cilik yang membesar di layar kaca televisyen serta dunia perfileman, perjalanan mereka ke alam dewasa nampaknya tidak lari daripada ujian...





