Operasi memadam kebakaran tanah gambut di kawasan Taman Bayu Damai, Pengerang di Johor kini memasuki fasa akhir. Sehingga 4 petang 29 Januari, kira-kira 80 peratus atau 196 ekar daripada keseluruhan 246 ekar kawasan telah berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Encik Mustakim Abdul Hady, menjelaskan baki 20 peratus lagi hanya melibatkan...





