WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berpotensi memegang kuasa yang sangat luas ke atas masa depan pentadbiran Jaluran Gaza serta kebajikan penduduknya menerusi satu pelan baru yang dirangka oleh kumpulan antarabangsa diketuainya, Lembaga Keamanan, menurut draf ketetapan yang diperoleh media.
Lembaga Keamanan itu mengadakan mesyuarat pertamanya di Davos, Switzerland pada 22 Januari, bersempena dengan Sidang Puncak tahunan Forum Ekonomi Sedunia...





