Pakar daripada pelbagai bidang – termasuk agama, ahli akademik berpengalaman dan ketua pertubuhan Melayu/Islam – akan membentuk Lembaga Pengelola dan Jawatankuasa Pemandu Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS).
Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen; asatizah mapan, Ustaz Pasuni Maulan; dan Timbalan Setiausaha (Masyarakat dan Belia), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Amy Hing akan membentuk sebahagian daripada...





