Permintaan bagi kemahiran yang berkaitan kecerdasan buatan (AI) telah meningkat lebih seganda merentasi pelbagai sektor di Singapura dari 2022 hingga 2025, didorong oleh pertumbuhan pesat dalam permintaan terhadap kemahiran AI generatif.
Ini merupakan antara dapatan daripada analisis terkini kemahiran pekerjaan oleh SkillsFuture Singapura (SSG), kata Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, pada 27 Januari.





