Dua minggu selepas pembukaan restoran Rembayung yang mencetuskan tumpuan ramai termasuk rakyat Singapura, pempengaruh dan usahawan popular Malaysia, Encik Khairul Aming, terpaksa mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerana mengalami penyahhidratan.
Dalam gambar yang dikongsi di aplikasi Thread, Encik Khairul kelihatan terbaring di atas katil rawatan dengan tangannya disambungkan kepada saluran cecair atau ‘drip’.





