Parti Pekerja (WP) telah menolak tawaran Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk menamakan seorang Anggota Parlimen (AP) daripada parti itu sebagai calon Ketua Pembangkang (LO).
Jawatan LO telah dikosongkan selepas Encik Wong melucutkan jawatan tersebut daripada Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh pada 15 Januari.





