WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengadakan satu sidang media panjang pada 20 Januari, sempena setahun beliau kembali memegang jawatan presiden di Rumah Putih, yang dipenuhi pujian terhadap pencapaian sendiri, rungutan terhadap pengkritik, serta pelbagai kenyataan kontroversi berkaitan dasar imigresen, isu keselamatan dan hasratnya terhadap Greenland.
Berucap dari podium bilik taklimat Rumah Putih, Encik Trump menyampaikan monolog selama lebih sejam...





