Pihak berkuasa sedang menyiasat 147 kes yang disyaki gastroenteritis melibatkan murid dari Sekolah Rendah North View (NVPS) di Yishun.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, Agensi Makanan Singapura (SFA), dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada 19 Januari, murid-murid dari pelbagai darjah dilaporkan mengalami gejala sejak 13 Januari lalu.





