Bak ungkapan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’, begitulah gambaran permulaan kembara seni penyanyi tanah air, Iskandar Ismail, 47 tahun, ketika melangkah ke pentas program kegemaran ramai terbitan Astro, Gegar Vaganza 12 (GV12).
Bernaung di bawah syarikat pengurusan MindOrder Management kini, beliau hadir dengan satu niat yang jelas iaitu demi menghidupkan kembali namanya dalam industri muzik...





