Sedang ketersambungan dan kemudahan pengangkutan terus dipertingkat di rantau ini, warga Singapura kini mempunyai lebih banyak pilihan destinasi untuk melancong sambil membeli-belah keperluan Ramadan dan Hari Raya.
Selain memandu ke Johor Bahru yang sememangnya popular dalam kalangan warga Singapura, mereka yang ingin ke Kuala Lumpur (KL) kini turut mempunyai pilihan alternatif dengan menaiki khidmat tren elektrik (ETS) dari Johor Bahru...





