Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma teknologi dan penyelidikan pasaran, Parrot Social, Cik Hamidah Aidillah Mustafa, telah dilantik sebagai Naib Presiden (Dasar dan Komunikasi) baru Majlis ke-29 Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME).
Dalam satu kenyataan pada 14 Januari, ASME menyatakan kepakaran Cik Hamidah, 41 tahun, akan memainkan peranan penting dalam memacu usaha persatuan itu membantu Syarikat Kecil dan Sederhana (SME)...





