Pelabuhan Singapura mengendalikan 44.66 juta kontena perkapalan, atau unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), pada 2025 – rekod tertingginya – mengatasi 41.12 juta pada 2024.
Ini adalah peningkatan 8.6 peratus dalam bilangan kontena atau TEU yang dikendalikan – anggaran piawai industri maritim untuk trafik kontena – dari 2024, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada 13 Januari.





