Lebih ramai individu Islam telah berikrar untuk menyumbangkan harta mereka kepada Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), dengan sekurang-kurangnya 150 orang telah menetapkan wakaf itu sebagai penerima melalui wasiat, pencalonan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) atau polisi insurans mereka.
Demikian kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu jawapan bertulis pada 13 Januari sebagai respons...





