Kerajaan Johor sedang meneliti pelaksanaan teknologi mengubah sisa menjadi tenaga atau ‘Waste-to-Energy’ (WTE) sebagai antara penyelesaian jangka panjang pengurusan sisa pepejal negeri, susulan lawatan teknikal ke sebuah kemudahan WTE bertaraf antarabangsa di Shanghai, China.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata lawatan pada 9 Januari itu memberi gambaran jelas bagaimana sisa bandar dapat diurus...





