WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat dilaporkan membincangkan cadangan bayaran sekali gus kepada penduduk Greenland sebagai sebahagian usaha memujuk wilayah itu berpisah daripada Denmark dan berpotensi menyertai Amerika Syarikat, menurut empat sumber yang mengetahui perbincangan dalaman tersebut.
Menurut dua sumber yang meminta identiti mereka dirahsiakan kepada Reuters, jumlah bayaran yang dibincangkan berada dalam lingkungan AS$10,000 ($12,850) hingga AS$100,000 bagi setiap individu.





