Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) menyambut baik cadangan pelaksanaan perkhidmatan KTM Komuter laluan Kempas Baru–Pasir Gudang yang sedang dikaji Kerajaan Johor bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sebagai usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam di selatan Johor.
Datuk Bandar Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil, berkata data Jabatan Kejuruteraan MBPG menunjukkan aliran trafik pada waktu...





