Perkhidmatan bas ulang-alik percuma sempena Tahun Melawat Johor 2026 akan diperkenalkan dalam masa terdekat bagi memudahkan pergerakan rakyat dan pelancong ke lokasi tarikan utama sekitar pusat bandar Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perkhidmatan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)...





