Susulan kontroversi lirik lagu Masuk Lagi nyanyian artis Malaysia, Baby Shima yang didakwa berunsur lucah, komposer dan penyanyi, Amylea Azizan menegaskan penghasilan sesebuah karya perlu mengikut prinsip tatasusila selain menjaga sensitiviti pendengar.
Tambah Amylea, 39 tahun, setiap karya merupakan amanah besar kepada seseorang penggiat seni sekali gus lagu yang tidak senonoh akan terus kekal dan menjadi sebutan meskipun penciptanya meninggal...





