Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amylea Azizan tegas harus cipta lagu ikut budaya, jaga sensitiviti pendengar

Jan 7, 2026 | 8:02 PM
Amylea, Amylea Azizan, Masuk lagi, beri komen, lagu lucah
Penyanyi dan penggubah lagu Malaysia, Amylea Azizan berpendapat setiap individu yang menghasilkan lagu mereka sendiri harus peka dan menjaga sensitiviti masyarakat Melayu. - Foto INSTAGRAM AMYLEA AZIZAN/KOSMO

Susulan kontroversi lirik lagu Masuk Lagi nyanyian artis Malaysia, Baby Shima yang didakwa berunsur lucah, komposer dan penyanyi, Amylea Azizan menegaskan penghasilan sesebuah karya perlu mengikut prinsip tatasusila selain menjaga sensitiviti pendengar.

Tambah Amylea, 39 tahun, setiap karya merupakan amanah besar kepada seseorang penggiat seni sekali gus lagu yang tidak senonoh akan terus kekal dan menjadi sebutan meskipun penciptanya meninggal dunia.

“Bagi saya apabila ada bakat, awak ada satu tanggungjawab yang bukan untuk masyarakat atau sosial sahaja, bahkan dari segi agama dan pendirian.

Pada masa sama, pelantun lagu Tak Pernah Hilang dan Kendati itu menegaskan soal salah atau betul bukan terletak pada niat pencipta lagu, sebaliknya perlu mengambil kira persepsi serta keselesaan pendengar, lapor Kosmo!.

“Saya tak boleh nak cakap salah atau betul cara buat lagu macam mana.

“Awak boleh cakap tak maksudkan begitu (lucah) tapi kalau semua orang rasa benda sama?

“Kita kena hormat, jaga sensitiviti sekiranya benda itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

“Saya tak selesa, awak boleh nyanyi tak depan mak ayah awak?

“Kalau tak selesa, ada benda tak kena. Contoh kalau saya tulis lagu ini, saya rasa ‘alamak, kalau mak aku dengar’. Ini bukan apa orang cakap tetapi sebab tak sesuai,” ujarnya.

Amylea turut berpandangan walaupun terdapat pengaruh budaya luar, sebagai masyarakat Melayu/Islam kita perlu menjaga batas.

“Orang Barat ada cara mereka tersendiri, di mana saya sendiri tak minat nak nyanyikan lagu yang mempunyai perkataan lucah.

“Saya rasa sebagai orang Melayu, kita tidak sampai ke tahap itu. Bukan budaya kita dan ada batasnya,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, lagu dengan genre dangdut itu mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen apabila liriknya didakwa mengandungi unsur lucah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg