Sepanjang mereka membesar, adik-beradik, Encik Iq dan Andi (bukan nama sebenar), terpaksa hidup berdikari, sambil bergantung kepada ibu mereka yang menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga mereka.
Ibu bapa mereka telah bercerai lebih sedekad lalu, manakala bapa mereka telah keluar masuk penjara tiga kali atas kesalahan berkaitan dadah, dengan yang terkini pada 2022.





