Akses ke portal MySkillsFuture telah dipulihkan selepas berlaku gangguan sistem pada 30 Disember, sehari sebelum tokokan kredit sekali sahaja yang dilakukan pada 2020, iaitu sebanyak $500, luput.
Sistem Kredit SkillsFuture yang terjejas boleh diakses semula dalam talian pada pagi 31 Disember, berdasarkan kemas kini di laman webnya.





