LONDON: Menteri-menteri luar dari 10 negara menyuarakan “kebimbangan serius” terhadap kemerosotan semula keadaan kemanusiaan di Gaza, dengan menyifatkan situasi di wilayah Palestin itu sebagai “bencana”, ketika jutaan penduduk awam berdepan musim sejuk dalam keadaan serba kekurangan.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Pejabat Luar Britain pada 30 Disember, menteri luar Britain, Canada, Denmark, Finland, Perancis, Iceland, Jepun, Norway, Sweden...





