Seorang lelaki warga Malaysia berusia 39 tahun telah ditahan atas cubaan menyeludup dadah selepas ditemui dengan lebih 3 kilogram kanabis dan 1.7 kilogram metamfetamina atau dikenali sebagai Ice di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 22 Disember.
Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, mereka yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram metamfetamina atau 500 gram kanabis boleh berdepan hukuman mati.





