ISKANDAR PUTERI (Johor): Polis Johor sedang melaksanakan dua operasi secara serentak Op Krismas dan Op Ambang Tahun Baru di seluruh negeri yang bermula 23 Disember hingga 1 Januari.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata dua operasi itu dilakukan selama 10 hari dan membabitkan 1,681 pegawai dan anggota di seluruh negeri yang ditugaskan secara bergilir setiap hari.





