Bagi pasangan adik-beradik, Alif Akbar Khan Azat Khan dan Afif Akbar Khan Azat Khan, mereka meredah bahang mentari dan laluan pejalan kaki di Pasar Geylang Serai yang padat dengan pengunjung, demi mendapatkan derma daripada orang awam.
Mereka membawa tin derma sambil mengedarkan pelekat, ‘Satu Negara, Satu Kemanusiaan’, kepada orang awam sempena acara kutipan dana awam anjuran badan bukan pemerintah (NGO),...





