Pemerintah akan menyalurkan sebanyak $1 juta sebagai wang permulaan dalam menyokong usaha mengumpul dana awam bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jumlah itu akan diagihkan secara sama rata kepada Palang Merah Singapura (SRC), Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Humanity Matters (HM) dan Mercy Relief sebagai wang bagi membiayai bekalan air, kumbahan, kebersihan, makanan dan usaha bantuan lain di Gaza.





