Menjelang pertengahan 2030-an, 92 tren di laluan MRT tertua dan paling sibuk di Singapura akan dinaik taraf dengan sistem baru agar dapat mengesan masalah lebih awal dan mengurangkan kerosakan, kata pengendali kereta api SMRT pada 18 Disember.
Menurut The Straits Times, kereta api yang akan dilengkapkan dengan sistem canggih ini membentuk hampir separuh daripada 198 kereta api di Laluan Utara-Selatan...





