Sudah menjadi impian sejak kecil bagi personaliti popular sekali gus pempengaruh, Fikah Zainal atau nama sebenarnya, Siti Nur Syafiqah Zainal Abidin, 24 tahun, untuk mendalami bidang pengacaraan.
Impian tersebut akhirnya berhasil dikotakan apabila lulusan dalam Diploma Komunikasi Massa dari Politeknik Republic (RP) itu diberi peluang menjadi hos bagi segmen permaidani merah, Pesta Perdana Glam, pada acara penuh gilang-gemilang yang meraikan...





