KUALA PILAH (Negeri Sembilan): Suspek kes tembak seorang lelaki yang juga pencari petai di Kampung Maasop, dekat Senaling di sini pada 12 Disember ditahan polis pada 14 Disember.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, berkata suspek berusia lingkungan 40-an tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di Sabah, hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)...





