JOHOR BAHRU: Malaysia kini bergerak secara tegas ke arah pelaksanaan larangan penuh terhadap penggunaan vape, dengan Kementerian Kesihatan menyasarkan dasar berkenaan dimuktamadkan menjelang 2026 susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesannya ke atas kesihatan awam, khususnya kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata keputusan berhubung larangan vape bukan lagi persoalan sama ada ia akan dilaksanakan...





