IPOH: Budak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama datuknya ketika dalam perjalanan dari Meru di sini ke rumah mereka, terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, malam 14 Disember.
Nahas sekitar 8.40 malam itu menyebabkan Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala datuknya, Encik Jamil Sumawan, 69 tahun,...





