Kawalan perasaan merupakan satu sifat yang dipelajari Encik Muhammad Yazid Muhammad Amin, 41 tahun, dan isteri, Cik Nur Habibah Ramlan Mohd Ishak, 31 tahun, untuk mengekang amarah masing-masing.
Ia diterapkan oleh jurulatih keluarga yang mendampingi mereka, Cik Shakari Dhoraraj, sebagai sebahagian daripada penglibatan keluarga itu dalam daya usaha Pakej Kemajuan ComLink+ sejak Mac 2025, kelolaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga...





