Satu program nasional baru akan mengkaji kesan cuaca buruk terhadap operasi penerbangan di Singapura susulan peningkatan enam kali ganda pesawat yang terpaksa dilencongkan dari Lapangan Terbang Changi pada 2025.
Program Meteorologi Penerbangan, yang diwujudkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), akan membangunkan kemampuan penyelidikan dan operasi untuk mengurangkan kesan cuaca terhadap kawalan trafik udara, syarikat...





