Kerajaan Johor memberi jaminan akan meneliti setiap isu yang dibangkitkan peniaga di tapak sementara Bazar Karat selepas mereka dipindahkan ke lokasi baru di kawasan tempat letak kenderaan bersebelahan Masjid India sejak November.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah, berkata beliau mengikuti rapat perkembangan peniaga sejak pemindahan dibuat susulan kerja menaik taraf...





