Orang ramai digalak bekerjasama dengan polis untuk menjadikan Singapura tempat lebih selamat, dengan satu daya usaha nasional baru yang dilancarkan untuk menyatukan semua program pendekatan masyarakat dan skim sukarela polis.
Gerakan ‘SaferSG, Together’ yang dilancarkan Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong, pada 29 November itu bertujuan menangani keperluan meningkat bagi penglibatan masyarakat dalam keselamatan Singapura.





