MEXICO CITY: Pertandingan ratu cantik Miss Universe dilanda skandal baru sejurus selepas ia berakhir, apabila rakan kongsi pemilikannya dari Mexico dituduh terlibat dalam pemerdagangan dadah dan senjata, manakala rakan kongsi dari Thailand pula berdepan dakwaan penipuan.
Pertandingan Miss Universe 2025 berakhir minggu lalu di Thailand dengan kemenangan Miss Mexico, selepas satu acara penuh drama termasuk pertengkaran terbuka antara pemenang tersebut...





