Keadaan banjir di beberapa negeri di Malaysia, yang sehingga kini memaksa lebih 34,000 mangsa berpindah ke pusat perlindungan, berisiko memburuk menyusuli amaran ribut tropika (Senyar) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang diramal berterusan hingga 29 November.
Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung...





