Malaysia kembali menghadapi gelombang banjir apabila hampir 15,000 mangsa terjejas di lapan negeri akibat hujan lebat berterusan, menandakan permulaan musim tengkujuh dan Monsun Timur Laut yang agak teruk daripada dijangka.
Negeri pantai timur iaitu Kelantan yang bersempadan dengan Thailand paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 10,000 orang setakat 7 malam 24 November; diikuti Perak mencecah 2,000 mangsa; dan Selangor...





