ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan Johor mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mempercepat kelulusan projek pengangkutan rel sebagai persediaan pada operasi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada awal 2027.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerajaan negeri terbuka bagi pilihan pengangkutan rel Sistem Aliran Transit Automasi (ART) atau Projek Transit Aliran Ringan (LRT)...





