NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 20 November telah menghapuskan tarif 40 peratus ke atas produk makanan Brazil, termasuk daging lembu, kopi, koko dan buah-buahan yang dikenakan pada Julai.
Ketika itu, ia khusus untuk menghukum Brazil kerana mendakwa bekas presiden negara itu, Jair Bolsonaro, yang juga sekutu Encik Trump.





