Cik Salwah (bukan nama sebenar), tidak pernah menyangka hubungan persahabatan yang terjalin sejak 2019 dalam kumpulan peminat penyanyi Malaysia Khai Bahar akan berakhir dengan kekecewaan dan kerugian lebih $40,000 sejak Jun lalu.
Setelah lima tahun saling mempercayai, ‘kawan’ yang dikenali dengan penampilan warak dan memakai niqab itu didakwa mengeksploitasikan kepercayaan Cik Salwah, 31 tahun, melalui kisah penyakit barah dan hutang...





