KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi amaran mengenai bahaya alam siber yang dilihat sudah memperdaya ramai kanak-kanak serantau termasuk Malaysia dalam pelbagai jenayah, khususnya kesalahan seksual.
Datuk Ahmad Zahid berkata jaringan keselamatan dalam talian kini sedang berada pada tahap genting disebabkan kemunculan pelbagai teknologi maju seperti kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan kanak-kanak sebagai...





