KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Berhad mengesahkan rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan yang menggunakan Jalan Genting Highlands, dengan pelaksanaannya dijangka diumumkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Dalam satu kenyataan pada 13 November, syarikat itu berkata caj baru bagi jalan persendirian itu perlu dilaksanakan bagi menampung kos penyelenggaraan jalan dan cerun sepanjang 24 kilometer yang semakin meningkat.





