Baru dua minggu punca sebenar kejadian lubang benam yang mengorbankan seorang wanita di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada 23 Ogos 2024 didedahkan kepada umum, satu lagi kejadian tanah mendap berlaku di kawasan itu pada 10 November.
Kejadian pada 8.40 pagi itu mencetuskan kebimbangan awam terutama penduduk dan peniaga di kawasan berkenaan terhadap tahap keselamatan dan kestabilan prasarana bawah tanah...





